Kaedah ini menggunakan kuantitatif dalam merubah rangka pemikiran siusahawan. Melalui rangka ini bakal usahawan akan lebih jelas dan tepat tentang perancangan dan keputusan yang wajar mereka buat untuk berjaya dalam keusahawanan.
Matlamat perniagaan umpamanya ditetapkan sebagai pulangan terhadap ekuiti (PTE). Ia berbentuk nisbah dan pandangan dari sudut tuanpunya perniagaan adalah lebih tepat.
Dari PTE, kita boleh pecahkan kepada tiga komponen seperti Pulangan terhadap jualan, pusingan aset dan gandaan ekuiti.
Setiap nisbah diatas boleh dipecahkan untuk mencari komponen kecil yang dapat menerangkan punca sebab pencapaian matlamat yang besar.
Kaedah ini lebih objektif malah saintifik dan dapat membawa pemikiran bakal usahawan bahkan usahawan keperingkat akar ubi perniagaan.
Kaedah ini saaliran dengan pemikiran pengurusan hari ini bahawa "you get done only what you can measure" Dalam bahasa kita, ini bermaksud bahawa perlaksanaan hanya tercapai apabila sesuatu kegiatan itu dapat diukur terlebih dahulu.
Kandungan Program
- Peluang perniagaan dikenalpasti melalui metrik.
- Risiko digambarkan melalui metrik.
- Strategi digambarkan dan dikaitkan melalui metrik.
- Matlamat dipahat mengguna metrik.
- Kompetensi kepimpinan dan kejurujualan diukur secara metrik.
- Fungsi utama perniagaan ditetapkan melalui metrik.
- Model perniagaan dibentuk melalui metrik.
- Pemasaran, kewangan, pengeluaran dan Kakitangan diuruskan melalaui metrik.
- Keusahawanan difahami, dirancang dan diamalkan melalui metrik.
This is the competency approach to entrepreneurship training and development.
Copyright: Arriffin Mansor 012-2786282