Wednesday, November 9, 2011

Kaedah metrik dalam keusahawanan


Banyak latihan keusahawanan diMalaysia berpaksi kepada motivasi dan perniagaan.
(Akibatnya:  tidak ada beza diantara keusahawanan dengan perniagaan)

Kaedah strategi dan matlamat(goals) tidak ditekankan.  Akhirnya usahawan yang dilahirkan menggunakan kaedah biasa menghadapi masalah bersaing dan gagal menghadapi perubahan yang pesat dipasaran.

Kaedah metrik digunakan sebagai alat pada usahawan untuk bersetrategi, mengenalpasti peluang, dapat merancang dengan berkesan, ketahui punca utama untuk mencapai matlamat utama dan kecil yang jelas.

Antara faedah yang dinikmati dalam latihan keusahawanan melalui metrik adalah
  1. Matlamat perniagaan jelas kerana didefinasikan secara quantitatif.  (Goals setting and integrating)
  2. Matlamat boleh dipecahkan kebeberapa komponen dan merupakan Key Result Areas (keberhasilan utama)
  3. Hasil kerja boleh diukur melalui ukuran yang objektif - key performance indicators (petunjuk utama prestasi)
  4. Sasaran prestasi turut jelas kerana menggunakan angka.
  5. Tandaaras dapat dilakukan bagi tujuan penilaian prestasi.
  6. Variasi atau jurang dapat dianalis dengan objektif
  7. Perubahan strategi turut diperjelaskan melalui metrik
  8. Nisbah merupakan metrik utama dalam mengukur dan mempertingkatkan kecekapan
  9. Akhirnya, strategi dapat diaplikasikan melalui pemetaan metrik.
  10. Fungsi utama perniagaan diintegrasikan melalui metrik.
Program Keusahawanan yang hidup, yang ada cerita dalam cerita - yang ada strategi diatas strategi.

Copyright:  Arriffin Mansor 012-2786282

No comments:

3 peringkat keusahawanan